Saturday 4 November 2017

BENGKEL KECEMERLANGAN SPM 2017 - SKOR A+ (MATEMATIK)

Setiap tahun Program Kecemerlangan Pelajar SPM - Skor A+ ini dijalankan bagi membantu pelajar Pusat Tuisyen Terbilang terutama pelajar yang masih lemah dalam menjawab soalan-soalan KBAT untuk memastikan mereka dapat menjawab soalan-soalan KBAT ini dalam peperiksaan SPM sebenar. Oleh itu, Pusat Tuisyen Terbilang mengambil pendekatan ini, menjadikannya program dwi-tahunan agar prestasi anak-anak didik Pusat Tuisyen Terbilang medapat pencapaian yang cemerlang setiap kali dalam peperiksaan umum.

Program berlangsung selama 2 hari pada 28-29hb Oktober 2017 yang lalu, bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang  ini memberi penekanan dan latihan dalam topik-topik yang popular dan kerap keluar dalam peperiksaan SPM, Matematik, Kertas 2. Seperti topik-topik Graf Ketaksamaan, Set, Persamaan Serentak, Persamaan Algebra, Bulatan, Matriks, Pena'akulan Matematik, Luas Dibawah Graf, Garis Lurus, Fungsi Graf, Transformations, Pelan dan Statistik telah diajar teknik menjawab soalan KBAT. 

Walau bagaimanapun, masa yang diperuntukan dalam bengkel selama 2 hari ini tidak mencukupi kerana pelajar masih perlahan terutamanya dalam menjawab soalan soalan KBAT SPM dalam topik-topik yang diajar. Justeru, masa tambahan diperlukan dengan mengambil langkah menjalankan lagi tuisyen pada bulan november ini bagi memenuhi semua topik yang bakal ditanya dalam peperiksaan sebenar.


Program umpama ini telah dijalankan sejak tahun 2005 lagi dan mempunyai impak yang amat baik dimana mereka yang telah mengikuti bengkel-bengkel ini telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM bagi subjek yang disertainya. Hal ini kerana, pelajar yang sertai bengkel ini akan dilatih secara formatif bagi topik-topik yang dijangkakan keluar dalam peperiksaan sebenar terutama bentuk soalan-soalan KBAT. Harapan pihak penganjur agar pelajar yang hadir dalam program ini, dapat mempraktikkan apa yang diajarkan sehingga menjelang peperiksaan tanpa henti supaya teknik-teknik yang diajar oleh guru pakar tidak akan lupa.




No comments:

Post a Comment