02 November, KUCHING – Pusat Tuisyen Terbilang mengadakan Majlis
Solat Hajat, Bacaan Yassin dan pengagihan air zam-zam kepada semua
pelajar Terbilang yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2019 bermula
secara rasmi pada 5 Novemver 2019 hingga 27 November akan datang. Majlis
berlangsung di Pusat Tuisyen Terbilang Cawangan Matang Jaya disertai
oleh pelajarTingkatan 5 yang akan menghadapi peperikssan SPM seramai 35
pelajar (Cawangan Matang Jaya), 31 pelajar (Sukma Ria) dan para ibu
bapa serta para jemputan. Turut memeriahkan majlis pada kali ini
Pengerusi Pengelola, Pusat Tuisyen Terbilang, Dr. Ishak Johari dan
Pengetua Pusat Tuisyen Terbilang, Yang Berusaha Puan Nurhidayah Seetha
Abdullah.
Yang Berbahagia, Ustaz Romizi Ismail memimpin Majlis Soalat Hajat SPM 2019 turut kelihatan Guru-guru Terbilang.
Majlis bermula jam 6.35 petang dengan solat maghrib berjemaah yang
dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Romizi Ismail diikuti dengan solat
Hajat. Seterusnya bacaan Surah Yaa Sin secara berjemaah dan diakhiri
dengan solat Isyak berjemaah. Sementara itu, Ustaz Romizi berpesan
kepada semua pelajar Terbilang dalam tazkirah ringkas agar pelajar
berusaha, ikhitar, doa dan bertawakkal sebagai resepi kejayaan dunia dan
akhirat.
Sebahagian Ibubapa dan Pelajar yang Hadir dalam Majlis Tersebut.
“Jadikan belajar dan segala perbuatan sebagai ibadah untuk bekalan di
alam yang lain kerana di alam lain itu nanti wang ringgit tidak berguna
lagi, yang dikira adalah hanya amalan di dunia ini” Kata Ustaz Romizi.
Tambahnya lagi, “Ilmu sangat penting agar amalan yang dilakukan
diterima oleh Allah, Jika beramal tanpa ilmu tidaklah menjadi, Jika
banyak harta sekalipun dan ilmu tiada maka harta juga tiada nilai dan
akan habis serta menjurus kepada ke arah kemaksiatan”.
Pengerusi Pengelola, Pusat Tuisyen Terbilang, Yang Berbahagia Dr. Ishak Johari Turut Hadir
Sebahagian Ibu Bapa dan Pelajar yang Hadir
Dalam ucapan aluan Dr. Ishak berpesan kepada anak-anak Terbilang agar
terus berusaha dan berdoa agar kejayaan yang cemerlang dan menjadi
kebanggaan ibu bapa. Beliau berharap agar pelajar Terbilang akan terus
cemerlang, gemilang dan terbilang serta mendapat keputusan yang boleh
cemerlang dalam peperiksaan SPM akan datang. Turut hadir guru-guru
Terbilang yang mengajar Subjek-subjek Peringkat SPM iaitu Bahasa Melayu
(Cikgu Mahathir), Bahasa Inggeris (Cikgu Hidayah), Sains (Cikgu Razak),
Biologi (Cikgu Norol), Fizik (Cikgu Marziana), Kimia (Cikgu Jaya),
Matematik dan Matematik Tambahan (Cikgu Ishak) dan Sejarah (Cikgu Adib).
Pengetua Pusat Tuisyen Terbilang, Puan Nurhidayah Seetha Abdullah berjemaah bersama Ibu Pelajar yang hadir.
Sebahagian Pelajar Terbilang merupakan calon SPM 2019 yang Hadir
Majlis berakhir sekitar jam 9.00 malam dengan semua tetamu
dihidangkan jamuan ringan. Pengagihan air zam-zam yang di bekalkan oleh
syarikat pembekalan rasmi air zam-zam Negeri Sarawak, S.Y. Kaizen
Trading, oleh Pengurusnya, Ustaz Yahya Bakri. Sebanyak 90 botol
(500ml/botol) diagihkan kepada pelajar dan ibubapa dalam majlis
tersebut. Semoga dengan keberkatan keajiaban air zam-zam dapat membantu
meningkatkan kerohanian pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan yang
penting ini.
DOA KETIKA MEMINUM AIR ZAM-ZAM
Air Zam-zam Diagihkan Kepada Pelajar SPM 2 Botol Seorang (1Liter).
Pembekal Air zam-zam Negeri Sarawak, S.Y. Kaizen Trading, Diuruskan Oleh Ustaz Yahya Bakri juga merupakan Pensyarah UniMAS.
Pihak pengajur mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi
sumbangan menjayakan majlis tersebut terutama bekalan air zam-zam untuk
pelajar-pelajar Terbilang. Semoga pemberi sumbagan tersebut dimurahkan
rezeki dan dikurniakan oleh Allah SWT kesihatan yang baik dan semoga
pelajar Terbilang juga menperolehi kejayaan yang cemerlang. Amiinn.
Pada 16 September, 2019 yang lalu, Pusat Tuisyen Terbilang telah
mengadakan prorgam Bengkel PT 3 – Skor A yang merupakan program tahunan
bagi mengekalkan kecemerlangan anak-anak Terbilang sentiasa cemerlang
dalam peperiksaan awam. Program disertai seramai 27 orang pelajar
bertempat di Pusat Tuisyen Terbilang Cawangan Matang Jaya bermula Jam
8.00 pagi hingga 5.30 petang.
Seawal 8.00 pagi pelajar mendaftar dan terus diikuti dengan sesi
bengkel pertama bagi subjek Sains yang dikendalikan oleh Cikgu
Noradzahar Hussaini dari SMK St. Teresa, Kuching. Beliau menerangkan
format soalan PT 3 yang julung kalinya menggunakan format terbaharu pada
tahun ini serta teknik-teknik menjawab soalan PT 3.
Jam 11.00 pagi Pelajar didedahkan dengan format terkini bagi subjek
Sejarah oleh penceramah jemputan Cikgu Shamsuri Jebat dari SMK Bako,
Kuching. Beliau menfokuskan kepada bentuk-bentuk soalan dan teknik
menjawab dengan betul.
Program berehat Jam 1.00 tengahari untuk makan tengahri dan solat
zohor. Sumbangan makan tengahari disumbang Kerajaan Persekutuan, Pakatan
Harapan yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Saudara Ahmad Nazib
Johari, Ketua Cabang PKR Santubong, Sarawak.
Program diteruskan pada Jam 2.30 petang dengan sesi pratikal bagi
subjek Bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Cikgu Teo Fang Liang dari
SMK Santubong, Kuching. Beliau telah mengupas secara terperinci tentang
teknik-teknik menjawab soalan dan format terkini dalam PT 3.
Program berakhir dengan Sesi Motivasi dan Penyampaian Sijil
Penyertaan. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak
yang memberi sumbangan bagi menjayakan progam pada kali ini. Semoga
dengan sumbangan ini dapatlah program seumpama ini berjalan lancar.
Sijil Penghargaan kepada para penceramah jemputan disampaikan oleh
Pengarah, Pusat Tuisyen Terbilang, Yang Berbahagia Dr. Ishak Johari.
Manakala Sijil Penyertaan pelajar disampaikan Yang Berusaha Encik Raini
Kasim, Pengurus Besar, Pusat Tuisyen Terbilang.
Pada 4 Ogos 2019 yang lalu, Pusat Tuisyen Terbilang Telah mengadakan
Program Bengkel UPSR 2019 – Skor A, selama sehari bermula jam 8.00 pagi
hingga 6.30 Petang bertempat di Pusat Tuisyen Terbilang Cawangan Matang
Jaya, Kuching, Sarawak. Program tahunan ini adalah terhad kepada pelajar
Terbilang sahaja dan seramai 27 orang pelajar dipilih telah mengikuti
program pada kali ini.
Program bermula seawal jam 8.00 pagi bermula dengan pendaftaran pelajar
dan diikuti dengan Subjek Bahasa Malaysia yang disampaikan oleh Cikgu
Mohd. Jamil Abdul Rahman. Praktikal dijalankan dengan memastikan para
pelajar boleh menjawab soalan UPSR dengan tepat dan betul. Sesi kedua
bermula Jam 10.30 pagi selepas pihak penganjur menyediakan jamuan pagi.
Sesi penerangan dan teknik-teknik menjawab soalan oleh Cikgu Juliana Ak
Alexander Ritum bagi subjek Bahasa Inggeris.
Program berehat untuk makan tengahari dan solat zohor pada Jam 12.30
tengahari hingga 2.00 petang diikuti dengan sesi ketiga bagi subjek
Matematik oleh Cikgu Mohamad Aziz. Sesi terakhir bagi subjek Sains
disampaikan oleh Cikgu Hajibah Sepawi pada Jam 4.00 hingga 6.00 petang.
Program berakhir pada Jam 6.30 petang dengan majlis penutup dan
penyampaian sijil penyertaan oleh Pengarah Pusat Tuisyen Terbilang, Yang
Berbahagia Dr. Ishak Johari.
Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjayakan
program ini secara langsung dan tidak langsung terutama kepada Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Yang Berhormat Encik Fazzruddin
Abdul Rahman yang berbesar hati memberi sumbangan bagi program bengkel
pada kali ini. Harapan agar semua pelajar Terbilang akan mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun ini.