02 November, KUCHING – Pusat Tuisyen Terbilang mengadakan Majlis
Solat Hajat, Bacaan Yassin dan pengagihan air zam-zam kepada semua
pelajar Terbilang yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2019 bermula
secara rasmi pada 5 Novemver 2019 hingga 27 November akan datang. Majlis
berlangsung di Pusat Tuisyen Terbilang Cawangan Matang Jaya disertai
oleh pelajarTingkatan 5 yang akan menghadapi peperikssan SPM seramai 35
pelajar (Cawangan Matang Jaya), 31 pelajar (Sukma Ria) dan para ibu
bapa serta para jemputan. Turut memeriahkan majlis pada kali ini
Pengerusi Pengelola, Pusat Tuisyen Terbilang, Dr. Ishak Johari dan
Pengetua Pusat Tuisyen Terbilang, Yang Berusaha Puan Nurhidayah Seetha
Abdullah.
Majlis bermula jam 6.35 petang dengan solat maghrib berjemaah yang
dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Romizi Ismail diikuti dengan solat
Hajat. Seterusnya bacaan Surah Yaa Sin secara berjemaah dan diakhiri
dengan solat Isyak berjemaah. Sementara itu, Ustaz Romizi berpesan
kepada semua pelajar Terbilang dalam tazkirah ringkas agar pelajar
berusaha, ikhitar, doa dan bertawakkal sebagai resepi kejayaan dunia dan
akhirat.
“Jadikan belajar dan segala perbuatan sebagai ibadah untuk bekalan di
alam yang lain kerana di alam lain itu nanti wang ringgit tidak berguna
lagi, yang dikira adalah hanya amalan di dunia ini” Kata Ustaz Romizi.
Tambahnya lagi, “Ilmu sangat penting agar amalan yang dilakukan diterima oleh Allah, Jika beramal tanpa ilmu tidaklah menjadi, Jika banyak harta sekalipun dan ilmu tiada maka harta juga tiada nilai dan akan habis serta menjurus kepada ke arah kemaksiatan”.
Dalam ucapan aluan Dr. Ishak berpesan kepada anak-anak Terbilang agar
terus berusaha dan berdoa agar kejayaan yang cemerlang dan menjadi
kebanggaan ibu bapa. Beliau berharap agar pelajar Terbilang akan terus
cemerlang, gemilang dan terbilang serta mendapat keputusan yang boleh
cemerlang dalam peperiksaan SPM akan datang. Turut hadir guru-guru
Terbilang yang mengajar Subjek-subjek Peringkat SPM iaitu Bahasa Melayu
(Cikgu Mahathir), Bahasa Inggeris (Cikgu Hidayah), Sains (Cikgu Razak),
Biologi (Cikgu Norol), Fizik (Cikgu Marziana), Kimia (Cikgu Jaya),
Matematik dan Matematik Tambahan (Cikgu Ishak) dan Sejarah (Cikgu Adib).
Majlis berakhir sekitar jam 9.00 malam dengan semua tetamu
dihidangkan jamuan ringan. Pengagihan air zam-zam yang di bekalkan oleh
syarikat pembekalan rasmi air zam-zam Negeri Sarawak, S.Y. Kaizen
Trading, oleh Pengurusnya, Ustaz Yahya Bakri. Sebanyak 90 botol
(500ml/botol) diagihkan kepada pelajar dan ibubapa dalam majlis
tersebut. Semoga dengan keberkatan keajiaban air zam-zam dapat membantu
meningkatkan kerohanian pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan yang
penting ini.
Pihak pengajur mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi
sumbangan menjayakan majlis tersebut terutama bekalan air zam-zam untuk
pelajar-pelajar Terbilang. Semoga pemberi sumbagan tersebut dimurahkan
rezeki dan dikurniakan oleh Allah SWT kesihatan yang baik dan semoga
pelajar Terbilang juga menperolehi kejayaan yang cemerlang. Amiinn.
Tambahnya lagi, “Ilmu sangat penting agar amalan yang dilakukan diterima oleh Allah, Jika beramal tanpa ilmu tidaklah menjadi, Jika banyak harta sekalipun dan ilmu tiada maka harta juga tiada nilai dan akan habis serta menjurus kepada ke arah kemaksiatan”.
No comments:
Post a Comment